suria

Kertas aduan salah laku seksual tersebar, nama Usher dan Meek Mill dikait jalin hubungan sejenis dengan P. Diddy

Nama Meek dan Usher dikaitkan dengan dakwaan serangan seksual.

NAMA penyanyi rap Meek Mill dan Usher dikaitkan sebagai antara beberapa individu berpengaruh terlibat dalam salah laku hubungan sejenis dengan mogul muzik P. Diddy.

Netizen mula membuat spekulasi itu berdasarkan terhadap aduan sebanyak 73 muka surat yang tersebar di media sosial terhadap salah laku Diddy yang antara lain melakukan hubungan seks dengan pekerja seks, gadis bawah umur, mengadakan parti seks.

Tidak hanya itu, Diddy dituduh melakukan 'grooming' terhadap beberapa artis dan penerbit lelaki selain melakukan hubungan seksual dengan mereka.

Meskipun tidak menyebut nama kedua-dua artis itu secara jelas namun netizen mula membuat spekulasi itu selepas merujuk kepada gambaran diberikan yang jelas ditujukan kepada Meek Mill dan Usher.

Diddy berdepan dakwaan serangan seksual.

Diddy berdepan dakwaan serangan seksual.

Menerusi aduan tersebut, orang ramai mula mengaitkan Usher apabila dia digambarkan sebagai seorang bintang R&B yang mempunyai persembahan residen di Las Vegas dan baru sahaja beraksi di acara Super Bowl.

Manakala Meek digambarkan sebagai seorang penyanyi rap berasal dari Philadelphia, Amerika Syarikat pernah menjalin hubungan dengan Nick Minaj.

Netizen memetik nama Meek yang pernah menjadi kekasih Nicki pada 2014 sehingga 2016.

Bagaimanapun, Meek menerusi ciapan di aplikasi X menafikan dakwaan tersebut dan menyangkal dia seorang pengamal homoseksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Diddy didakwa lakukan serangan seksual terhadap pekerja lelaki pula, kali ini berdepan saman RM143 bilion

ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa lakukan seks dengan ramai lelaki, penyanyi Cassie saman P. Diddy

"Saya mempunyai hak untuk mengatakan saya bukan gay dan saya tidak akan memberi ruang kepada sesiapa yang cuba mempermainkan status kelakian saya," tulisnya.

Pada Isnin lalu, penerbit dan komposer Rodney 'Lil Rod' Jones memfailkan saman selepas mendakwa Diddy melakukan serangan seksual terhadapnya.

Jones mendakwa Diddy membuat serangan seksual tanpa kerelaannya selain memaksanya melakukan hubungan dengan pekerja seks.

Penerbit itu juga mendakwa dia tinggal bersama Diddy sejak September 2022 sehingga November 2023 dan sepanjang tempoh itu dia sering menjadi mangsa gangguan seksual artis berkenaan.

Meek menafikan dirinya seorang homoseksual.

Meek menafikan dirinya seorang homoseksual.

Jones juga mendakwa mempunyai bukti iaitu rakaman audio dan video melibatkan aktiviti mereka.

Tidak hanya itu, Jones mendakwa dia pernah diraba secara berterusan tanpa kerelaan selain terpaksa bekerja di dalam bilik air ketika Diddy sedang berbogel.

Akibat kejadian itu, Jones meminta ganti rugi sebanyak AS$30 bilion (RM143 bilion).

Diddy dalam satu kenyataan menyangkal semua tuduhan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain