suria

Beza usia 16 tahun bukan masalah, pelakon ‘Emily In Paris‘ buat Shakira angau

Shakira didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki 16 tahun lebih muda darinya.

PENYANYI Shakira dilaporkan sudah menemui pengganti selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak terkenal Gerard Pique.

Shakira dilaporkan jatuh cinta dengan model yang diupah untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaharunya berjudul Punteria lakonan Lucien Laviscount.

Lucien, 32, sebelum ini cukup terkenal dengan lakonannya menerusi drama bersiri Emily In Paris.

size NP 1 (71)

Shakira dan Pique berpisah pada 2022.

Meskipun mempunyai jarak usia 16 tahun namun sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Shakira tidak peduli tentang usia dan sudah angau dengn Lucien.

Dalam muzik video Punteria, Shakira, 47, dan Lucien turut melakonkan beberapa adegan intim sambil aktor itu membelai pipinya dalam keadaan separuh bogel.

Hubungan cinta Shakira dan Lucien membimbangkan rakan rapat penyanyi itu yang didakwa hanya mahu menggunakan Shakira bagi meraih populariti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar mesra dengan Shakira, Sergio Ramos kini bersama bekas kekasih Pique?

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas isu curang, Shakira dan Gerard Pique umum berpisah selepas 12 tahun hidup bersama

Sementara itu, sumber lain pula memaklumkan Shakira masih belum melupakan Pique dan Lucien hanya sekadar 'persinggahan' sebelum melupakan bekas kekasihnya.

Shakira atau Lucien masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gosip terbaharu tersebut.

Untuk rekod, Shakira dan Pique mula bercinta pada 2011 namun berpisah dua tahun lalu.

Walaupun tidak berkahwin, namun pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Milan, 12 dan Sasha, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain