suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergambar mesra dengan Shakira, Sergio Ramos kini bersama bekas kekasih Pique?

Ramos memaut bahu Shakira. -Gambar Instagram

SERGIO Ramos mencuri tumpuan ramai apabila bergambar mesra bersama Shakira ketika Anugerah Grammy Latin, baru-baru ini.

Shakira merupakan mantan teman wanita kepada bekas rakan sepasukan Ramos untuk tim kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique.

Pique dan Shakira berpacaran selama 11 tahun dan mempunyai dua anak bersama, namun mengumumkan perpisahan pada musim panas lalu.

Ramos menyampaikan dua anugerah yang dimenangi Shakira iaitu Lagu Pop Terbaik dan Interpretasi Urban Terbaik.

Selepas menyampaikan trofi, Ramos kemudian bergambar dengan Shakira dan memaut bahunya.

Shakira kini berpindah ke Miami dari Barcelona selepas perpisahan dengan Pique, manakala bekas bintang Barcelona itu kini berpacaran dengan wanita dikenali sebagai Clara Chia Marti. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Sergio Ramos, Shakira, Gerard Pique,

Artikel Lain