suria

Percutian bertukar tragedi, isteri Pasha Ungu kena ragut di Paris 

Pasha memaklumkan yang beg tangan isterinya dicuri ketika bercuti di Paris.

ISTERI kepada penyanyi Pasha menjadi mangsa ragut ketika bercuti di Paris dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Pasha yang juga vokalis kumpulan Ungu memberitahu kejadian itu menyebabkan isterinya iaitu Adelia hilang barang penting termasuk telefon dan kad pengenalan diri.

"Beg tangan isteri kena ragut di Paris!

Untitled design - 2024-03-24T161627.082

Pasha menjelaskan yang mereka telah membuat laporan polis berkenaan kecurian itu.

"Telefon, kad bank, kad kredit, kad pengenalan dan kad insurans semuanya lesap," katanya.

Pasha, 45, berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya.

Jelas penyanyi lagu Cinta Dalam Hati itu, dia sudah pun membuat laporan polis dan mempunyai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai kempen Pemilu 2024, Pasha Ungu tawakal dan serah kepada rakyat untuk mengundi

ARTIKEL BERKAITAN: Exists dan Ukays inspirasi terbesar Ungu, jadi rujukan sebelum bergelar artis

"Rakaman CCTV juga nampak jelas wajah pelakunya tetapi hanya polis tempatan sahaja yang boleh periksa," ujarnya.

Dalam pada itu, Pasha turut mengingatkan pengikutnya yang bercuti di Paris untuk lebih peka memandangkan kes ragut tinggi di negara tersebut.

"Pihak polis beritahu kes ragut dan curi memang sedang tinggi. Jadi berhati-hati jika melancong ke Paris," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain