suria

Jihyo (Twice) pilih atlet Olimpik sebagai kekasih, kongsi minat dalam sukan 

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak setahun yang lalu.

VOKALIS kumpulan Twice iaitu Jihyo dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan atlet Olimpik Korea Selatan Yung Sung Bin.

Pasangan itu dikatakan sudah mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu selepas diperkenalkan oleh kenalan mereka.

Sway melaporkan Jihyo, 27 dan Sung Bin, 30, berkongsi minat sama dalam sukan yang membuatkan mereka serasi sebagai pasangan.

Untitled design - 2024-03-25T141051.971

Pasangan ini dikatakan kongsi minat yang sama iaitu bersukan.

Sung Bin juga dikatakan sering mengunjungi rumah Jihyo memandangkan mereka tinggal berdekatan.

"Jihyo dan Sung Bin suka bersukan. Sung Bun banyak membantu Jihyo semasa latihan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihyo (TWICE) dan Kang Daniel bercinta dalam diam sejak awal tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual kerja terlalu padat punca hubungan Jihyo (TWICE) dan Kang Daniel berakhir

"Sejak itu mereka mula rapat dan akhirnya jath cinta," katanya.

Jihyo merupakan ketua kumpulan Twice yang memulakan karier mereka pada 2015.

Manakala Sung Bin merupakan atlet skeleton atau sukan gelongsor dan pernah meraih pingat emas di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain