suria

Setahun tinggal bersama selepas berpisah, Ariana Madix akhirnya beli rumah sendiri 

Ariana sudah tidak sabar berpindah ke kediaman baharunya.

PERSONALITI televisyen Ariana Madix akhirnya berpindah keluar dari kediaman bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta) yang dibeli bersama bekas teman lelakinya pelakon Tom Sandoval.

Bintang Vanderpump Rules itu membuat keputusan tersebut selepas jatuh cinta dengan sebuah banglo bernilai AS$1.6 juta (RM7.6 juta) di Hollywood Hills, California.

Menurut sumber, Ariana jatuh cinta dengan rumah tersebut dan teruja memulakan lembaran baharu dalam kehidupannya selepas berpisah dengan Tom.

size NP 1 - 2024-03-25T142102.973

Ariana berpisah dengan Tom selepas isu aktor itu curang tersebar.

Ini kerana, sejak berpisah pada Mac tahun lalu, Ariana dan Tom masih tinggal di banglo mewah berkenaan kerana masing-masing berdegil tentang penyelesaian terhadap kediaman tersebut.

Tom berharap dapat membeli rumah itu sepenuhnya tetapi Ariana pula mahu menjual dan membahagikan hasilnya sama rata.

Arian turut memfailkan saman terhadap Tom kerana memaksa penjualan hartanah tetapi pelakon itu membuat bantahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Travis Kelce beli banglo RM28 juta demi privasi bersama Taylor Swift

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu lagi menyewa, Yoo Jae Suk beli tanah RM41 juta secara tunai untuk buat rumah

Perbicaraan mengenai kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

Pasangan itu berpisah selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta kerana pelakon itu berlaku curang dengan sahabatnya sendiri, Rachel Leviss.

Ariana juga sudah bertemu pengganti selepas bertemu di sebuah majlis perkahwinan di New York.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain