suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu lagi menyewa, Yoo Jae Suk beli tanah RM41 juta secara tunai untuk buat rumah

yoo

PELAWAK yang juga ahli Running Man iaitu Yoo Jae Suk dikhabarkan sudah membeli tanah untuk dijadikan kediamannya baru-baru ini.

Yoo Jae, 51 dilaporkan membeli tanah di kawasan Nonhyeon-dong Gangnam Gu di Seoul bernilai 11.6 bilion Won (RM 41.2 juta).

Difahamkan kawasan itu merupakan sebuah tanah kosong yang tiada bangunan dibina dan terletak berdekatan dengan bangunan pejabat agensinya iaitu Antenna Entertainment.

yoo

Yoo Jae beli tanah sebab lama menyewa.

Antara punca Yoo Jae membeli tanah itu kerana tidak mahu lagi tinggal di apartmen miliknya bertempat di Hyundai di Apgujeong, Gangnam-gu secara sewa selama beberapa tahun.

Berita ini disahkan oleh sahabatnya iaitu Ji Suk Jin menerusi satu sesi program temu bual yang turut memberitahu pelakon masih lagi menyewa sehinga kini.

"Yoo Jae-suk tidak tamak malah dia masih lagi menyewa di apartmen sehingga sekarang," kata Ji Suk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia