suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadual kerja terlalu padat punca hubungan Jihyo (TWICE) dan Kang Daniel berakhir

Peminat sedih Jihyo dan Kang Daniel sudah berpisah.

HUBUNGAN cinta antara anggota kumpulan TWICE iaitu Jihyo dengan penyanyi Kang Daniel dikhabarkan sudah berakhir.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat agensi pengurusan JYP Entertainment memberitahu Jihyo dan Kang Daniel kini tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

Dikatakan kedua-dua penyanyi ini mempunyai jadual yang terlalu padat menyebabkan mereka memilih untuk jalani kehidupan masing-masing.

Rata-rata peminat TWICE meluahkan rasa sedih dan mengharapkan mereka akan kembali bersama.

"Sejujurnya, hubungan Jihyo dan Kang Daniel adalah hubungan yang paling matang. Mereka tidak terlalu menunjuk dan menyimpan ia secara peribadi.

"Jadi sekarang kita perlu hormat keputusan mereka dan hanya mendoakan yang terbaik," komen peminat di laman sosial.

Jihyo dan Kang Daniel yang berusia 23 tahun itu menjalinkan hubungan cinta sejak pada Ogos tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain