suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Ting Ting bawa anak jumpa keluarga kekasih

Ayu bersama anak perempuannya, Bilqis dan teman lelakinya, Adit.

HUBUNGAN istimewa antara penyanyi Indonesia Ayu Ting Ting dengan seorang duda yang dikenali sebagai Adit Jayusman kini semakin serius.

Malah, terdapat sumber memberitahu kedua-dua belah keluarga sudah bertemu dan pasangan ini dalam peringkat menuju ke fasa berumah tangga.

Menerusi laporan Liputan6, Ayu dikatakan berusaha untuk mengambil hati anak perempuan Adit iaitu Rania.



Ayu bersama keluarga kekasihnya, Adit.

Seperti yang dilihat dalam video yang dimuat naik akaun peminat mereka @ayditcouple, Ayu bersama anak perempuannya, Bilqis Khumaira Razak datang ke kediaman Adit.

Video tersebut memperlihatkan Ayu sedang membelai rambut Rania di hadapan kekasihnya dan mereka kelihatan sangat mesra.

Difahamkan, Rania dan Bilqis juga kini sudah rapat seperti adik-beradik memandangkan usia mereka tidak jauh berbeza.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain