suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maia Estianty selamat jalani pembedahan buang batu dalam hempedu... Syukur ahli keluarga dapat berkumpul di hospital

PENYANYI Maia Estianty meluahkan rasa syukur apabila dia selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.

Maia menerusi laman Instagram miliknya memberitahu proses pembedahan itu berjalan lancar dan berlaku dengan pantas.

Maia turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Irwan Mussry, anak-anak iaitu Al Ghazali, Dul Jaelani, El Rumi serta ahli keluarga dan pengurus yang menemaninya di hospital.

"Hari yang cukup besar! Proses dilakukan dengan pantas tapi santai, kerana semua yang tercinta berkumpul. Terima kasih suami, anak, abang dan pengurus yang menemani saya di RS," katanya.

Sebelum ini, Maia Estianty menjalani rawatan di Instalasi Gawat Darurat (IGD) akibat penyakit pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

Doktor menasihati Maia untuk melakukan pembedahan disebabkan keadaan kesihatannya masih belum pulih biarpun sudah menerima rawatan di hospital.

Menerusi satu perkongsian video, Maia berkata doktor memaklumkan kepadanya bahawa terdapat batu dalam hempedu yang membuatkan penyakit GERD yang dialami sukar untuk sembuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia