suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Will Smith jalani rawatan kerohanian di India, ketibaan disambut sami Sadhguru

Smith disambut pengikut Sadhguru ketika tiba di India.

SELEPAS kontroversi menampar Chris Rock pada acara Oscars 2022, pelakon Will Smith dilaporkan terbang ke India beberapa hari lalu.

Menurut laporan Indian Express, pelakon itu tiba di Lapangan Terbang Mumbai dengan berpakaian berwarna putih dan disambut oleh beberapa orang sami pengikut ajaran Sadhguru.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tampar Chris Rock atas pentas, Will Smith tak boleh hadiri Oscar 10 tahun

Meskipun tidak pasti apa tujuan Smith ke sana, ramai yang membuat andaian pelakon King Richard itu mahu menjalani rawatan kerohanian selepas insiden yang berlaku di Oscars.

Peminat sedia maklum bahawa Smith merupakan seorang pengikut kepada ajaran Sadhguru.

Kejadian menampar Rock di atas pentas telah memberi kesan besar kepada Smith apabila dia dikatakan sebagai seorang yang gagal mengawal kemarahan.

Dalam masa sama, ada juga yang mempertahankan Smith kerana tindakan spontan itu untuk mempertahankan isterinya Jada Pinkett Smith.

Susulan kes tersebut, Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi dan mana-mana acara anjuran lembaga akademi selama sepuluh tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia