suria

Lucinta Luna sanggup ke Korea buat pembedahan plastik, ubah wajah seiras Lisa Blackpink

Lucinta dikatakan mahu tiru wajah Lisa (kanan).

DEMI untuk kelihatan cantik, influencer terkenal Indonesia iaitu Lucinta Luna sanggup ke Korea Selatan bagi melakukan pembedahan plastik.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Lucinta di laman Instagram miliknya selepas selesai menjalani prosedur pembedahan pada 23 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah identiti Lucinta Luna, nama sebenar Muhammad Fatah - “Kad pengenalan perempuan, pasport lelaki”

“Selamat tingga Lucinta Luna” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia dikatakan mahu menukar wajahnya mirip seperti penyanyi Lisa dari kumpulan popular Blackpink.

lucinta 2

Masih keluar makan bersama rakan-rakan walau muka berbalut

Sebelum ini Lucinta pernah bertanyakan pendapat peminat tentang wajah selerbiti Korea Selatan yang sesuai dijadikan rujukan sebelum dia memuat naik gambar video Lisa dan kemudian menggelarkan dirinya Lucinta Blackpanther.

Dalam beberapa perkongsian lain di Instagram, Lucinta dilihat masih menjalani aktiviti harian seperti biasa dengan keadaan muka masih berbalut.

Dia yang kini menggelarkan dirinya sebagai Ratu Keabadian tidak sabar untuk menunjukkan wajah selepas pembedahan kepada peminat.

“Ratu Keabadian yang baru, bukan Lucinta Luna lagi kerana bahagian kepada sudah diganti.

“Sudah kelihatan seperti wajah siapa? Tidak sabar untuk tunjukkan wajah terbaharu saya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain