suria

Tahniah! lagu 'Lathi' capai 100 juta strim, wajah Weird Genius terpampang di New York

Wajah ahli kumpulan Weird Genius dipaparkan di New York atas kejayaan lagu 'Lathi'.

KARYA Weird Genius dalam dunia muzik mendapat pengiktirafan dunia setelah gambar ketiga-tiga ahli kumpulan itu iaitu Reza Arap, Eka Gustiwana dan Gerald Liu terpapar di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Berita gembira itu dikongsikan trio tersebut menerusi akaun rasmi Weird Genius di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sangka sampai ada buat Lathi Challenge di TikTok” - Sara Fajira terkejut lagu jadi fenomena!

Dalam entri tersebut, grup yang membawa genre Electronic Dance Music (EDM) itu berkata ia berkat pencapaian jumlah pemutaran lagu Lathi yang sudah mencapai 100 juta di platform penstriman digital.

Selain itu, kumpulan itu turut menjanjikan berita gembira buat peminat mereka yang akan diumumkan minggu hadapan.

"Lathi mencapai 100 juta putaran dalam talian! Kami berharap dapat membawa persembahan kami ke New York, tetapi buat masa sekarang ini sudah mencukupi. Weird Genius di Times Square.

"Ada berita gembira lagi pada minggu depan," tulis grup itu.

Sementara itu, Reza, Gerald dan Eka turut berkongsi rasa teruja di Instagram masing-masing.

"Saya tak tahu nak tulis kapsyen apa. Kita berjaya. Saya berjaya," tulis Reza.

"Terima kasih kepada semua yang cakap pada saya berjaga malam mencipta muzik di hadapan komputer hanya membuang masa. Ia memang membuang masa sehingga gambar saya ada di Times Square. Tahniah kepada team Weird Genius, kita berjaya," ujar Gerald.

"Kami tak pernah sampai di sana, tapi sekurang-kurangnya gambar kami sampai sana dulu," tulis Eka.

Sumber: liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Weird Genius, Lathi

Artikel Lain