suria

Cucu Elvis Presley maut tembak diri sendiri

Benjamin dikatakan mewarisi wajah mendiang datuknya, Elvis Presley

CUCU kepada 'Raja Rock & Roll' Elvis Presley, Benjamin Keough dilaporkan meninggal dunia selepas menembak dirinya menggunakan senjata api.

Benjamin, 28, yang juga anak lelaki kepada Lisa Marie Presley ditemui mati di kediamannya di Calabasas, California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan Benjamin maut di tempat kejadian.

Melalui kenyataan pengurus Ibunya kepada TMZ, Lisa dikatakan benar-benar bersedih atas berita pemergian anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suami pertamanya iaitu Danny Keough.


Keluarga Lisa Marie Presley.


"Lisa kini benar-benar sedih, dia tak dapat terima berita mengejutkan ini.

"Namun dia sedaya upaya menguatkan semangat untuk menerima kenyataan demi keluarganya. Dia amat menyayangi Benjamin sepenuh hatinya, dia adalah cinta dalam hidup Lisa," Kata pengurus Lisa.

Benjamin juga merupakan adik kepada aktres Riley Keough yang terkenal dengan lakonannya dalam beberapa filem seram termasuklah filem The Lodge.

Untuk rekod, Benjamin merupakan anak hasil perkahwinan pertama Lisa.

Selain itu, Lisa juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Pop Michael Jackson dan pelakon terkenal Nicolas Cage.
Elvis Presley

Artikel Lain