suria

“Tak sangka sampai ada buat Lathi Challenge di TikTok” - Sara Fajira terkejut lagu jadi fenomena!

Sara teruja lagu nyanyiannya bersama Weird Genius itu menjadi trending di beberapa buah negara.

PENYANYI lagu Lathi, Sara Fajira terkejut apabila mengetahui lagu nyanyiannya kolaborasi bersama Weird Genius itu menjadi trending dan fenomena di beberapa buah negara.

Menurut laporan Tribunnews, Sara, 25, berkata kejayaan lagu itu berikutan hasil gabungan Electronic Dance Music (EDM) dan campuran lirik dalam bahasa Jawa yang dilihat berjaya memikat hati pendengar.

"Sejujurnya saya terkejut sangat apabila lagu ini viral dan trending. Saya memantau sendiri di laman sosial, memang tak sangka lagu ini akan berjaya sejauh ini dan ramai yang suka.

"Sampaikan ada yang buat Lathi Challenge di TikTok... padahal awal-awalnya kami memang tak ada rancangan pun nak buat cabaran itu.

"Malah, sampai sekarang sana-sini orang masih bercakap mengenai cabaran itu. Semuanya berlaku secara semulajadi tanpa perancangan," katanya.

Dalam pada itu, pemenang kategori Penyanyi Baharu Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2018 ini turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong lagu tersebut.

"Alhamdulillah, syukur... saya rasa seronok sangat dengan penerimaan orang ramai terhadap lagu ini," ujarnya.

Sehingga kini, video muzik Lathi yang dimuat naik di laman Youtube telah menerima lebih 60 juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sara Fajira, Lathi

Artikel Lain