suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misi cari jodoh untuk Dul Jaelani, Maia Estianty berkenan anak perempuan Parto pula

Maia puji Amanda Caesa cantik dan sesuai dengan anaknya, Dul Jaelani.

JIKA sebelum ini Maia Estianty merestui pelawak Kiky Saputri menjadi kekasih Dul Jaelani, kini penyanyi itu mahu menjodohkan pula putera bongsunya itu dengan anak perempuan kepada pelawak Parto iaitu Amanda Caesa.

Memetik laporan Liputan6, Mia seperti tidak percaya rakan selebritinya itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik.

"Wow, cantiknya anak dia. Saya tidak percaya anak dia cantik macam ni. Boleh dijodohkan dengan Dul. Saya teringin carikan pasangan untuk Dul," kata Maia.

Maia memberitahu perkara itu ketika berborak dengan rakannya, Poppy Amalia yang memperkenalkan anak perempuan Parto kepada bekas isteri Ahmad Dhani itu.

Selain Dul Jaelani atau Abdul Qodir Jaelani, Maia dan Ahmad Dhani mempunyai dua orang lagi anak iaitu Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Maia dan Ahmad Dhani mendirikan rumah tangga pada 1996 dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain