suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fenomena ‘How You Like That’, Blackpink pecah rekod YouTube, Spotify

Blackpink peroleh kedudukan tertinggi carta Global Top 50 Spotify.

KUMPULAN Kpop terkenal Blackpink pecah rekod aplikasi strim Spotify dengan hit terbaru mereka, How You Like That.

Single tersebut menduduki tempat kelima carta harian Global Top 50, Spotify pada Khamis lalu, sekaligus menetapkan rekod baharu untuk kumpulan muzik kategori wanita secara keseluruhan.

How You Like That kini merupakan lagu Kpop dengan kedudukan carta paling tinggi dalam sejarah Spotify.

Sebelum ini, BTS memegang rekod kedudukan tempat ketiga dalam kategori sama.

Dalam perkembangan yang sama, single ini juga terjual lebih satu juta di platform muzik China iaitu QQ dalam masa 24 jam.

Ia merupakan lagu Kpop pertama yang memecah rekod tersebut.

How You Like That juga menduduki tempat tertinggi di carta muzik iTunes di 56 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Malah, single berkenaan turut mencipta rekod lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Blackpink hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka tersebut.

Sumber: soompi, allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Blacpink, How You Like That, Spotify

Artikel Lain