suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat konsert di zon merah Covid-19, Rhoma Irama berdepan tindakan

Biarpun Rhoma hanya hadir sebagai tetamu undang namun persembahannya telah mengundang ramai orang.

KETUA Wilayah atau Bupati Ade Yasin kecewa dengan tindakan penyanyi dangdut Rhoma Irama yang melanggar Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) dengan mengadakan persembahan di kawasan zon merah Covid-19 pada Ahad.

Memetik laporan Metro.tempo, Ade Yasin sebelum ini sudah memberikan surat amaran kepada Rhoma untuk tidak melakukan sebarang aktiviti hiburan di Desa Cibunian, Kecamatan Pamijah, Kabuten Bogor, Jawa Barat.

Rhoma bakal diambil tindakan undang-undang selepas melanggar peraturan yang sudah ditetapkan wilayah Kabuten Bogor yang masih dalam PSBB.

"Tiada siapa pun yang akan terlepas jika melanggar peraturan. Proses hukuman akan dijalankan," katanya.



Foto Rhoma ketika membuat persembahan di Stadion Gelora Delta Sidoarjo, Jawa Timur, pada tahun lalu.

Sebelum ini, Rhoma pernah memuat naik video di laman Facebook miliknya mengatakan dia sudah membatalkan kemunculannya di majlis berkhatan yang diadakan di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, Rhoma tetap menghadiri majlis tersebut dan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu.

Menurut Ade Yasin, Rhoma yang hadir sebagai tetamu undangan namun persembahannya itu dianggap mengundang orang ramai untuk menonton.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain