Tiada cincin pernikahan di jari Laudya Cynthia Bella - Bintang Global | mStar

Tiada cincin pernikahan di jari Laudya Cynthia Bella

Penampilan Laudya Cynthia Bella di depan khalayak menimbulkan tanda tanya apabila tidak memakai cincin perkahwinan.

PELAKON Laudya Cynthia Bella kembali mendapat perhatian netizen apabila muncul di sebuah majlis tanpa memakai cincin pernikahannya.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya tentang status perkahwinannya dengan Engku Emran yang didakwa berantakan apabila aktres itu memadam semua foto-foto bersama suami di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Laudya Cynthia Bella padam foto bersama Engku Emran termasuk foto pernikahan

Malah Bella turut berhenti mengikut suaminya di laman Instagram.

Dia juga berkongsi kehidupan harian di Jakarta tanpa ditemani suami.

Bagaimanapun, menerusi sebuah wawancara Status Selebritis yang dimuat naik di Youtube SCTV Ahad lalu, Bella mengaku telah minta izin untuk pulang ke Jakarta selama 10 hari.

"Izin pergi dari suami tu paling lama 10 hari. Filem setahun cuma boleh satu filem. Kalau bisnes dia lebih sokong.

"Kerana menurut dia saya boleh lebih belajar," ujarnya.

Tinjauan mendapati akan Intagram Engku Emran iaitu @imkoombre masih menggunakan gambar Bella dan anaknya Engku Aleesya sebagai foto profile.

Sebelum ini, Bella pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana menjaga privasi.

Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

SUMBER: SCTV

Laudya Cynthia Bella , Engku Emran

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain