Lapan harı meninggal dunia, pusara Ashraf Sinclair tidak putus diziarahi masyarakat dari luar daerah - Bintang Global | mStar

Lapan harı meninggal dunia, pusara Ashraf Sinclair tidak putus diziarahi masyarakat dari luar daerah

Bunga sudah semakin terima kenyataan.FOTO LIPUTAN6

PEMERGIAN Ashraf Sinclair seminggu yang lalu memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga dan teman rapat, malah turut dirasai oleh peminat-peminatnya.

Pusara Allahyarham yang terletak di San Diego Hill, Karawangan, Jawa Barat masih dikunjungi orang ramai biarpun sudah lapan hari kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Umi akan kerap ke Jakarta untuk anak tersayang, Bunga dan Noah” - Keluarga kembali ke Malaysia selepas seminggu pemergian Ashraf Sinclair

Bukan hanya warga sekitar, kunjungan tetamu datang dari daerah lain yang berasa terkesan dengan sikap dan kebaikan yang ditunjukkan pelakon itu sepanjang hayatnya.

Orang ramai masih menziarahi kubur arwah Ashraf. FOTO LIPUTAN6.

“Sebagai seorang suami dia bertanggungjawab, dia selalu beri perhatian kepada anak isteri.

“Kami juga peminat arwah dan sangat berduka atas pemergiannya,” ujar salah seorang pelawat seperti dipetik Liputan6.

Kebaikan Ashraf juga diakui pemandu peribadinya, Eddy yang menyifatkan arwah seorang yang terlalu baik.

“Dia tu orangnya sama siapa pun baik ya. Orangnya dermawan. Boleh berborak dan banyak perkara yang dia ajar.

“Itu yang saya rasa, kalau dia makan ada sesiapa yang lalu di situ pasti dia kasi makan. Pada saya dia yang paling baik,” ujarnya.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan balu Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aidan Sinclair, 10.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain