suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan tahun berkahwin, Irwansyah tergores ditanya soal anak

Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar sabar menanti kelahiran anak.

SEMBILAN tahun mendirikan rumah tangga pelakon Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar masih belum dikurniakan cahaya mata.

Ketika ditemubual Raffi Ahmad, Irwansyah mengakui tergores setiap kali diaju soalan sedemikian.

"Saya ada perasaan marah kalau ditanya kenapa belum ada anak lagi sehingga sekarang.

"Saya ingin sahaja meminta orang itu bertanya terus kepada Allah jangan tanya saya," ujarnya menerusi saluran Youtube Raffi Ahmad.

Irwansyah bersama isteri ditemubual Raffi Ahmad.

Bagaimanapun, Irwansyah berkata, dia masih boleh bersabar menjawab pertanyaan itu.

Baginya, perkara itu melatih dirinya untuk menjadi lebih sabar.

"Ya.. santai sahaja sekarang Allah punya sesuatu perancangan yang indah buat kami," ujarnya.

SUMBER: DETIK HOT

Irwansyah

Artikel Lain