suria

BTS pecahkan rekod Justin Bieber di 'Billboard Social 50'

BTS ungguli carta Billboard Social 50.

KUMPULAN Kpop popular BTS mengalahkan rekod yang dipegang penyanyi Justin Bieber apabila menjadi artis bertahan paling lama di kedudukan nombor satu carta Billboard Social 50.

Menurut laporan Billboard, BTS memecah rekod berada di carta muzik itu selama 164 minggu berbanding Justin Bieber yang hanya bertahan selama 163 minggu.

"Rekod Billboard Social 50 telah dipecahkan oleh kumpulan BTS apabila lagu mereka bertahan selama 164 minggu berbanding Justin Bieber hanya 163 minggu sahaja," kata laman tersebut.

Data sosial 50 diperoleh menerusi analisis muzik Next Big Sound dan maklumat Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Wikipedia.

Pengumpulan data itu berakhir pada 30 Januari lalu.

Kumpulan ini mula tersenarai dalam Social 50 sejak Oktober 2016 dan berada di kedudukan teratas setiap minggu sejak 29 Julai 2017.

Mereka menjadi artis pertama bertahan di kedudukan 100 teratas selama 150 minggu sejak sembilan tahun lalu.

BTS, Justin Bieber

Artikel Lain