suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa tiri minta Rizky Febian tarik laporan polis, kematian ibunya tiada unsur jenayah

Rizky Febian diminta menarik balik laporan polis atas keraguan cara kematian ibunya awal Januari lalu.

BAPA tiri kepada selebriti Indonesia Rizky Febian, Teddy Pardiyana meminta agar anak tirinya itu menarik kembali laporan polis yang dibuatnya berikutan meragui cara kematian ibunya, Lina Zubaedah, 4 Januari Lalu.

Teddy menerusi laporan OkeCelebrity berkata Rizky perlu menerima hasil laporan bedah siasat yang dikeluarkan pihak polis pada 31 Januari dengan hati terbuka.

"Mudah-mudahan semua ahli keluarga dapat menerima hasil laporan polis ini dengan hati terbuka. Apa yang terjadi sudah tertulis sebagai takdir.

"Saya juga berharap agar Rizky menarik kembali laporan polis yang dibuatnya kerana curiga atas kematian ibunya yang dikatakan ada unsur khianat," kata Teddy.

Rizky bersama keluarganya.

Dalam pada itu, bekas suami Lina yang juga bapa kandung kepada Rizky iaitu Sule menjelaskan dia menerima hasil bedah siasat yang dikeluarkan dengan hati terbuka.

Sule yang juga pelawak terkenal Indonesia berkata tidak timbul sebarang keraguan dengan cara pemergian bekas isterinya itu.

"Saya sudah maklum tentang laporan hasil bedah siasat tersebut, tiada perkara yang tidak diingini timbul.

"Saya bersyukur bekas isteri pergi tanpa unsur jenayah," kata Sule.

Sebelum ini, Allahyarham Lina Jubaedah meninggal dunia pada 4 Januari lalu. 

Kematian itu menimbulkan rasa curiga anaknya Rizky yang membuat laporan polis untuk menggali semula kubur ibunya itu bagi melakukan bedah siasat punca kematian.

rizky febian, sule

Artikel Lain