suria

Jennie (Blackpink) cuba filter ‘You Look Like…’, terkejut keluar nama sendiri

Reaksi terkejut Jennie mencuri tumpuan peminat.

TERKEJUT! Itulah reaksi yang ditunjukkan oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie apabila menggunakan salah satu fungsi filter di Instastory.

Menerusi laman sosial itu, Jennie mencuba filter 'You Look Like..." dan terkejut apabila aplikasi itu tepat meneka namanya.

Video pendek reaksi Jennie itu telah dikongsi oleh peminat dan menerima pelbagai komen daripada pengikut.

Rata-ratanya memuji gaya bersahaja Jennie dan berpendapat penyanyi asal Korea Selatan ini begitu cantik meskipun tanpa sebarang mekap.

"Wow, matanya cantik sangat, cemburulah macam ni sampaikan filter tu pun boleh baca muka dengan namanya.

"Saya yakin orang yang buat filter itu suka pada Blackpink, sebab tu ada nama Lisa, Rose dan Jisoo. Popular betul Blackpink ni!

"Wah, hebat betul aplikasi ni teka nama pada wajah ya? Nanti saya nak cuba jugalah," tulis peminat di ruangan komen.

Filter terbaharu yang boleh diakses menerusi laman Instagram itu akan meneka wajah pengguna dengan beberapa nama selebriti antarabangsa.

SUMBER: Koreaboo

jennie, blackpink

Artikel Lain