suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya! Peminat rai kepulangan Sunggyu (Infinite) setelah 19 bulan jalani latihan ketenteraan

Tahniah buat Sunggyu kerana menamatkan latihan ketenteraan selama 19 bulan.

ANGGOTA kumpulan Infinite iaitu Sunggyu dibenarkan pulang setelah selesai menjalani latihan ketenteraan selama 19 bulan di salah sebuah kem di Gosung, Wilayah Gangwon, Korea Selatan.

Mengikut laporan Soompi, Sunggyu menyertai latihan wajib ketenteraan itu pada Mei 2018 dan tamat latihan pada Rabu. 

Meskipun terikat dengan jadual padat di kem, Sunggyu masih terlibat dengan kumpulan muzik tentera yang diberi nama Shin Heung Military Academy.

Lebih manis lagi apabila Sunggyu diberikan penghargaan kerana selesai menjalani latihan ketenteraan di kem tersebut.

Kepulangan Sunggyu disambut oleh peminat dan media yang menunggu di kawasan kem.

Selain Sunggyu, anggota Infinite lain ialah Dongwoo, Sungyeool, Sungjong dan Woohyun.

infinite, Sungyu, latihan ketenteraan

Artikel Lain