suria

Apa dah jadi dengan Adele? Kurus sampai nampak tulang selangka, peminat sangka jatuh sakit

Foto terkini Adele yang tersebar di media sosial membuatkan peminatnya berasa bimbang.

PENAMPILAN penyanyi Adele yang dilihat semakin kurus ternyata menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Rata-rata peminat meluahkan rasa risau sekiranya penyanyi lagu Someone Like You itu jatuh sakit.

Ia susulan keadaan tubuhnya yang kelihatan susut sehingga menampakkan tulang selangka sewaktu dia sedang berada di pantai di Timur Caribbean.

Selain badan, wajah ibu kepada seorang cahaya mata itu juga kelihatan cengkung, berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

Penampilan Adele pada Anugerah Grammy tahun lalu.

Turut kelihatan di lokasi itu adalah bekas penyanyi kumpulan One Direction, Harry Styles.

Dalam pada itu, persahabatan antara Adele dan Styles turut mencetuskan spekulasi mengenai kolaborasi mereka berdua.

Terdahulu, Adele pertama kali tampil dengan imej kurus sehingga mengejutkan ramai peminatnya pada Disember lalu membuatkan ia menjadi topik trending di Twitter.

Malah, sebelum ini penampilan Adele pernah disamakan dengan pelakon Amerika Syarikat terkenal, Sarah Paulson. - TMZ

Adele, kurus

Artikel Lain