suria

Kylie Jenner lebih popular! Jumlah ‘follower’ Kim Kardashian di Instagram masih ketinggalan

Impian Kylie Jenner (kanan) menjadi kenyataan apabila berjaya mengalahkan kakaknya Kim Kardashian di Instagram.

IMPIAN bintang Hollywood, Kylie Jenner untuk menyanyingi populariti kakaknya, Kim Kardashian di media sosial akhirnya jadi kenyataan.

Menurut laporan Hollywood Gossip, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kedua-dua mereka sentiasa bersaing untuk menyerlah di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi beli pengikut IG, Kim Kardashian cemburu Kylie Jenner lebih popular di media sosial

Rekod terbaharu menunjukkan jumlah pengikut Kylie adalah seramai 156 juta, manakala Kim berjumlah 155 juta pengikut di Instagram masing-masing.

Sementara itu Kendall mempunyai 120 juta pengikut, diikuti Khloe dengan 102 juta dan Kourtney mempunyai hanya 85 juta.

Selain itu Kris Jenner mempunyai 31 juta pengikut dan pada kedudukan terakhir ialah Rob Kardashian iaitu hanya 1.1 juta pengikut.

kylie jenner, kim kardashian

Artikel Lain