suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat menangis Mina (TWICE) daftar sebagai penderma organ

Mina (TWICE) mendaftar sebagai penderma organ di Korea Selatan.

BERSEMPENA dengan sambutan hari ke-800 penubuhan kumpulan TWICE, salah seorang anggotanya, Mina mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Koreaboo melaporkan, Mina mendedahkan perkara itu apabila memuat naik gambarnya bersama kad pemegang penderma organ di Instagram miliknya.

"Untuk mengakhiri tahun ini saya mendaftar sebagai penderma organ! Kepada ONCEs (nama panggilan untuk peminat TWICE) yang selalu menggembirakan dan memberi kami semangat, terima kasih," tulisnya.

Menerusi posting berbeza, Mina turut memuat naik gambar hasil kerjanya mengait topi sebagai menyokong kempen kesedaran penyakit kronik dalam kalangan kanak-kanak.

Kebaikan dan keperihatinan Mina itu menyentuh hati pengikutnya sehingga ada yang memberitahu mereka menangis apabila mengetahui penyanyi itu aktif dalam melakukan kerja-kerja amal.

"Kamu seorang yang berhati mulia. Saya tidak dapat menahan air mata apabila melihat kamu memegang kad penderma organ itu.

"Mina terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kami untuk terus buat kebaikan," tulis peminat di ruang komen.

Mina, TWICE

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia