suria

Chris Brown cemburu lihat foto Rihanna bersama Donald Glover

Chris tak boleh lihat Rihanna rapat dengan mana-mana lelaki.

PENYANYI Chris Brown dikatakan berasa cemburu apabila melihat foto bekas kekasihnya, Rihanna bersama penyanyi Donald Glover.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Chris tidak boleh melihat Rihanna ada hubungan rapat dengan lelaki lain.

"Chris sangat cemburu sekarang. Dia tak boleh tengok Rihanna rapat dengan mana-mana lelaki.

"Tapi kali ini dia terlebih cemburu kerana Donald bukan sahaja ada personaliti yang menarik tapi mempunyai bakat yang besar," kata sumber.

Sebelum ini, Rihanna dan Donald ada memuat naik foto mereka berdua yang berkemungkinan sedang jalani penggambaran filem Guava Island.

Selain itu, ada juga gosip mengatakan mereka berdua akan bekerjasama dalam showcase di Annual Diamond Ball pada September depan.

Chris Brown, Rihanna, Donald Glover

Artikel Lain