suria

V (BTS) dedah pernah jadi mangsa buli

Anggota kumpulan BTS iaitu V mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli ketika zaman sekolah.

V atau Kim Tae Hyoung, 22, memberitahu dia sentiasa menjadi mangsa buli rakan-rakannya kerana dia bukan seorang pelajar cemerlang di sekolah.

Katanya, akibat perkara itu rakan baiknya juga sering menjauhkan diri apabila dia menjadi mangsa buli pelajar lain.

"Saya bukan pelajar cemerlang dan tidak aktif bersukan. Hanya kerana itu saya dibuli oleh rakan-rakan di sekolah.

"Rakan baik saya sendiri menjauhkan diri kerana tidak mahu menjadi sasaran pembuli di sekolah kami.

"Saya hampir tiada kawan ketika di sekolah tetapi ia tidak pernah melemahkan semangat saya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

V membuat pendedahan itu sebagai respon soalan peminatnya berhubung subjek buli dalam program kendaliannya, Kim Tae Hyoung's Counselling Session.

Cerita V lagi, rakan baiknya pernah menipunya berhubung lokasi parti hari jadinya hanya kerana tidak mahu dia hadir pada majlis itu.

"Dia tipu lokasi sebenar parti hari jadinya dan akibatnya saya telah pergi ke lokasi yang salah.

"Saya tidak tahu apa salah saya, saya tunggu dia di situ sambil membawa hadiah untuknya," katanya.

Tambahnya lagi, selepas dia mendapat tahu lokasi sebenar parti itu, dia bertemu rakan baiknya itu untuk memberikan hadiah sebelum pulang.

"Saya masih ingat, saya menangis sepanjang berjalan balik kerana tidak menyangka satu-satunya rakan baik juga sanggup memulaukan saya," katanya.

BTS, V

Artikel Lain