suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jada Pinkett tidak akan ceraikan Will Smith

PELAKON Jada Pinkett Smith menegaskan dia tidak pernah berfikir untuk bercerai dengan suaminya, Will Smith selepas timbul gosip mengatakan dia memfailkan cerai terhadap aktor terkenal itu.

Kata Jada, dia tidak pernah sesekali terfikir untuk bercerai walaupun adakalanya perkahwinan mereka dilanda masalah.

"Satu perkara tentang kami berdua, biar apa pun yang berlaku kami tidak akan mudah putus asa.

"Kami adalah sebuah unit dan cerai tidak pernah akan berlaku dalam perkahwinan kami," katanya kepada majalah People.

Aktres berusia 46 tahun itu berkahwin dengan Will pada 1997 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jaden Smith, 19 dan Willow Smith, 17 tahun.

Will Smith, Jada Pinkett Smith

Artikel Lain