suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana Instagram, Gisele Bundchen mohon maaf

Supermodel terkenal Gisele Bundchen memohon maaf kepada model generasi baharu atas kenyataannya dalam majalah Vogue.

SUPERMODEL terkenal Gisele Bundchen memohon maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan berhubung model generasi baharu menghadapi tekanan kerana terpaksa mempromosikan diri mereka di Instagram.

Hollywood Reporter melaporkan Gisele membuat kenyataan itu dalam temu bual bersama majalah Vogue edisi Julai.

"Saya minta maaf kerana kenyataan saya itu telah disalah erti. Niat saya hanya ingin memberitahu saya model generasi sebelum kedatangan media sosial seperti mana hari ini.

"Saya kagum dengan bakat baru yang mampu semua tekanan dan saya juga sedang belajar mengenainya," tulisnya di Twitter.

Menerusi temu bual itu, Gisele mendedahkan adiknya membuka akaun Instagram untuknya namun merasakan ia bukan satu keperluan untuknya memuat naik gambarnya di laman sosial itu seperti mana dilakukan oleh generasi baharu.

Gisele Bundchen, Instagram

Artikel Lain