suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepupu Shah Rukh Khan bertanding di pilihan raya

Sepupu kepada Shah Rukh Khan bertanding untuk jadi wakil rakyat.

SEPUPU kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) iaitu Noor Jehan bakal bertanding di sebuah wilayah di Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan pada pilihan raya 25 Julai depan.

Menurut laporan sebuah akhbar, Noor Jehan dikatakan sudah bersedia untuk bertanding di kerusi Peshawar apabila sudah mengambil borang pencalonan pada 7 Jun lalu.

Jehan turut memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada masalah di kawasannya sekiranya memenangi kerusi terbabit.

"Misi saya untuk mengangkat martabat wanita selain ingin memberi tumpuan kepada masalah di kawasan saya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini.

Difahamkan, Noor Jehan pernah melawat bintang ternama Bollywood itu dua kali dan keluarga kedua-dua pihak sangat rapat.

Shah Rukh Khan

Artikel Lain