Angelina Jolie Terbuka Kongsi Kehidupan - Bintang Global | mStar

Angelina Jolie Terbuka Kongsi Kehidupan

Tidak mudah untuk Jolie mengharungi kehidupan secara solo apatah lagi dengan penyakit yang dialaminya.

NAMPAKNYA si jelita Angelina Jolie dilihat kembali terbuka berkongsi hal-hal kehidupannya.

Melalui wawancara dengan Telegraph, ibu kepada enam cahaya mata ini tidak hanya menceritakan tentang dirinya sekarang, malah terkait juga kisah kegagalan rumah tangganya bersama Brad Pitt.

Apa yang digambarkan dari media selama ini, Jolie disifatkan sebagai seorang wanita yang kuat dalam menghadapi berbagai masalah dalam kehidupannya.

Kata Jolie, dia juga lemah seperti wanita lain yang hidup berpisah tanpa suami namun cuba mencipta bahagia dengan cara tersendiri.

Hakikatnya, apa yang digambarkan itu tak jauh berbeza dengan kebanyakan wanita yang baru berpisah dari suaminya.

Selain masalah rumah tangganya, Jolie juga harus menghadapi masalah berkaitan dengan keadaan kesihatannya.

Pasti tidak mudah, kerana Jolie masih harus memantau keadaannya sebagai pesakit kanser dan hipertensi sejak setahun kebelakangan ini.

Jolie pun ternyata melakukan hal yang sama dengan Brad untuk mengatasi dari masalah ini. 

Wanita 42 tahun itu sentiasa menyibukkan dirinya dengan berkarya dan kembali aktif di dunia seni lakonan. 

Angelina Jolie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zayn Malik, Gigi Hadid Rai Aidiladha

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain