suria

One Direction Bersatu Demi Kerja Amal

One Direction bakal menjayakan konsert amal bagi mengumpul dana untuk mangsa-mangsa kebakaran di Grenfell Tower tidak lama lagi.

BERITA gembira buat peminat One Direction! Kumpulan yang popular menerusi lagu Story Of My Life ini bakal kembali bersatu dalam konsert amal untuk mangsa-mangsa kebakaran di Grenfell Tower, London baru-baru ini.

The Sun melaporkan empat anggota kumpulan itu, Harry Styles, Liam Payne, Louis Tomlinson dan Niall Horan sudah pun bersetuju untuk tujuan itu selepas penerbit muzik Simon Cowell meminta mereka mengadakan persembahan di London.

Bagaimanapun bekas anggota One Direction, Zayn Malik tidak disebut sama ada akan menyertai rakan-rakanya yang lain untuk konsert amal itu.

Zayn bertindak keluar daripada One Direction dua tahun lalu kerana ingin meneruskan karier solo.

Tragedi Grenfell Tower merupakan sebuah kondominium di Kensington terbakar pada 14 Jun lalu.

Laporan polis mengesahkan seramai 30 mangsa terkorban selepas bangunan itu dijilat api hampir 24 jam.

Sehingga kini, masih belum ada tarikh sesuai bagi mengadakan konsert amal itu.

Artikel Lain