suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Jin Wook Terkejut Dituduh Lakukan Serangan Seksual

Lee Jin Wook terkejut apabila seorang wanita tampil membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa serangan seksual aktor itu.

BELUM reda kisah Park Yoo Chun dituduh terlibat melakukan serangan seksual terhadap empat wanita sebelum ini, terbaharu pelakon Lee Jin Wook turut menerima dakwaan sama.

Soompi melaporkan Jin Wook terkejut apabila diberitahu tentang laporan seorang wanita yang dikenali sebagai A membuat laporan polis terhadapnya dan mendakwa menjadi mangsa serangan seksual pelakon itu.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang didakwa wanita berkenaan tidak pernah berlaku malah Jin Wook terpinga-pinga apabila diberitahu tentang perkara itu.

"Kejadian yang didakwa tidak pernah berlaku dan Jin Wook sendiri tidak mengetahui tentangnya.

"Pihak kami akan menyiasat tentang dakwaan berkenaan kerana ia serius dan mampu merosakkan reputasi artis kami," kata kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, pihak polis dalam satu laporan memberitahu telah menerima aduan daripada wanita berkenaan yang dibuat di balai polis Suseo pada 14 Julai lalu.

Polis juga akan memanggil Jin Wook untuk diambil keterangan dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Jin Wook yang popular menerusi filem Time Renegades dan drama bersiri Goodbye Mr Black membatalkan kemunculannya pada sebuah majlis anugerah yang berlangsung pada Sabtu.

Lee Jin Wook

Artikel Lain