suria

Pelakon 'Fifty Shades Darker' Selamat Serangan Trak Di Perancis

Dakota Johnson dan Jarmie Dornan membintangi filem Fifty Shades Darker.

PELAKON dan krew filem sekuel Fifty Shades of Grey  yang menjalani pengambaran di Nice, Perancis dilaporkan selamat selepas kira-kira 80 orang di bandar tersebut terkorban dirempuh sebuah trak pada Khamis.

Filem berjudul Fifty Shades Darker yang dibintangi Dakota Johnson dan Jamie Dornan itu menjalani pengambaran di French Riviera sejak beberapa minggu lalu.

Pihak produksi bagaimanapun belum membuat keputusan sama ada akan meneruskan atau menghentikan penggambaran buat sementara waktu.

Sumber berkata, mereka terselamat kerana telah selesai menjalani pengambaran di kawasan tersebut sebelum serangan berlaku.

Selain itu, penerbit filem, Dana Brunetti memuat naik gambar bersama penerbit bersama, Michael De Luca di bandar Monte Carlo di laman sosial Instagram miliknya menunjukan mereka telah selamat berada di luar kawasan tersebut.

Manakala pelakon Eloise Mumford pula meletakkan gambar bendera Perancis bersama logo hati yang terluka sebagai tanda simpati terhadap kejadian menyayat hati itu.

Pihak media gagal menghubungi Univeral Pictures untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu.

Serangan trak tersebut dikatakan antara yang paling kejam sejak Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) melanda Paris tahun lalu.

Dalam kejadian pada Khamis, dianggarkan 80 orang terbunuh manakala 100 orang cedera apabila seorang pemandu trak memandu kenderaan berkenaan dengan kelajuan tinggi lalu merempuh orang ramai yang menyaksikan pertunjukan bunga api Hari Bastille di bandar French Riviera, Nice Perancis.

Polis bagaimanapun berjaya menembak mati pemandu trak berkenaan.

Fifty Shades Darker

Artikel Lain