suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zayn Malik Tinggalkan One Direction Selepas Mimpi Makhluk Asing

Zayn Malik memberitahu makhluk asing yang datang dalam mimpinya meminta dia keluar daripada kumpulan One Direction.

PENYANYI Zayn Malik mendakwa keputusannya meninggalkan kumpulan One Direction tahun lalu dilakukannya selepas dia diminta berbuat demikian oleh makhluk asing yang datang dalam mimpi.

Kata Zayn, sejak mimpi berkenaan hadir, dia sudah tawar hati untuk terus berada dalam band tersebut dan ingin meneruskan karier secara solo.

"Saya tidak ingat bila saya buat keputusan tinggalkan One Direction tetapi ia berlaku selepas diminta makhluk asing yang datang dalam mimpi saya," katanya seperti dilaporkan Us Magazine.

Penyanyi itu bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu dianggap pelik.

Dalam pada itu, Zayn yang kini berpacaran dengan model Gigi Hadid memberitahu hubungan mereka berjalan lancar dan menganggap wanita berkenaan sebagai istimewa.

Zayn Malik, Gigi Hadid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain