suria

Selamatkan Kucing Jalanan, Hyorin Dipuji Netizen

PENYANYI Hyorin bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah wanita ini menerima pujian netizen apabila menyelamatkan seekor kucing jalanan.

Hyorin menyelamatkan kucing tersebut yang tidak mampu bergerak di tepi jalan pada kira-kira pukul 11 malam Ahad lalu.

Dia kemuadian membawa haiwan berkenaan ke klinik veterina dan mendapati kucing berkenaan patah kaki dan mati saraf.

Wanita itu merawat kucing berkenaan sepanjang malam sebelum berangkat ke luar negara keesokkan harinya.

Hyorin yang berkongsi tentang kucing malang itu turut menerima pujian pengikut-pengikutnya di laman sosial.

Malah, terdapat pengikut yang mula meminati penyanyi ini selepas mengetahui tentang sikap baik hati yang ditunjukkan kepada haiwan terbiar.

Hyorin

Artikel Lain