suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Berang Brad Pitt Hubungi Jennifer Aniston

Rumah tanggan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie dikatakan sedang berantakan.

HUBUNGAN pasangan selebriti popular Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan goyah apabila aktres tersebut berang selepas mendapat tahu suaminya menghubungi bekas isterinya, Jennifer Aniston Mei lalu.

Contact Music melaporkan, Angelina dikatakan tidak senang dengan tindakan Brad yang tidak memberitahu tentang perkara tersebut kepadanya terlebih dahulu.

Brad dikatakan menghubungi Jennifer untuk memberi ucapan takziah atas kehilangan ibu wanita itu yang meninggal dunia.

"Pasangan ini tidak membenarkan anak-anak mereka tinggal bersama berikutan masih dalam proses memulihkan rumah tangga.

"Angelina mahu masalah tersebut diselesaikan terlebih dahulu sebelum berjumpa anak-anak mereka," ujar sumber.

Angelina dikatakan sangat kecewa dengan tindakan suaminya itu, bagaimanapun Brad masih menganggap ia bukan satu kesalahan.

Artikel Lain