suria

Park Yoo Chun Terlepas Tiga Tuduhan Serangan Seksual

Park You Chun terlepas daripada tuduhan serangan seksual terhadap tiga wanita.

TIGA tuduhan serangan seksual yang dikenakan terhadap Park Yoo Chun baru-baru ini digugurkan selepas pelakon dan penyanyi itu didapati tidak bersalah.

Allkpop
melaporkan perkara itu disahkan oleh Balai Polis Gangnam ekoran tiada bukti kukuh untuk membolehkan di didakwa di mahkamah.

Pihak polis juga mendapati pengadu gagal membuktikan berlaku sebarang paksaan untuk melakukan hubungan intim dengan tertuduh selain tiada sebarang bentuk keganasan berlaku.

Pada 16 Jun lalu, Yoo Chun pertama kali terlepas daripada tuduhan sama apabila seorang wanita dikenali Ms. Lee menarik balik tuduhan tersebut apabila menjelaskan hubungan intim yang berlaku di antara mereka adalah atas kerelaannya sendiri.

Nama pelakon itu kembali hangat apabila tiga wanita tampil mendakwa menjadi mangsanya dalam tiga kejadian berasingan.

Menerusi laporan dikemukakan oleh pengadu, modus operandi digunakan untuk memperdayakan mangsa hampir sama iaitu membawa mereka ke kelab sebelum mencabul mereka di dalam tandas.

Park You Chun

Artikel Lain