suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James (Royal Pirates) Semakin Pulih Ditimpa Besi Berkaca

James semakin pulih selepas dia mengalami kecederaan pada bahu dan tangan kirinya akibat ditimpa besi berkaca baru-baru ini.
AHLI kumpulan Royal Pirates iaitu James semakin pulih selepas mengalami kecederaan akibat ditimpa besi berkaca dalam satu kejadian baru-baru ini.

Soompi melaporkan James sebelum ini mengalami kecederaan teruk pada bahagian bahu dan lengan kirinya sehingga menyebabkan beberapa saraf tangan dia rosak.

Berita itu membimbangkan peminatnya kerana kerosakan itu akan memusnahkan kariernya memandangkan dia tidak boleh lagi bermain alat muzik.

James memuat naik gambarnya yang semakin pulih.

Pun begitu pembedahan membetulkan saraf dan fisioterapi berterusan yang diterimanya mula menunjukkan hasil positif.

James turut memuat naik gambarnya yang tersenyum ketika berada di hospital dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya.

James, Royal Pirates

Artikel Lain