suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Star Wars: Filem Baru Mengenai Han Solo

Han Solo dan rakan 'jenayahnya' Chewbacca. Solo akan muncul semula dengan watak muda dalam filem sampingan siri Star Wars pada 2018.

SATU projek filem baru yang dilabelkan sebagai kisah sampingan kepada siri francais Star Wars akan dilancarkan tidak lama lagi berkisarkan kepada perjalanan hidup salah satu karakter utamanya iaitu Han Solo.

Menurut The Hollywood Reporter, filem baru itu nanti akan menerima sentuhan daripada pengarah filem The Lego Movie dan Jump Street iaitu Christopher Miller dan Phil Lord.

Memetik sumber-sumber dalaman Disney, portal berita  The Hollywood Reporter itu menjelaskan, filem ini mengisahkan pengembaraan Solo sewaktu zaman mudanya.

Filem ini akan masuk pawagam pada 25 Mei 2018 - setahun selepas pelancaran episod kelapan siri francais Star Wars pada tahun 2017.

Laporan itu juga menyebut yang filem baru mengenai Han Solo ini akan turut mendapat sentuhan beberapa tukang cerita filem-filem Star Wars sebelum ini seperti Lawrence Kasdan dan Jon Kasdan.

Para pelakon untuk filem terbaru ini termasuklah watak heronya bagaimanapun masih belum ditentukan lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain