suria

Junsu (JYJ) Bakal Ambil Tindakan Terhadap Pengguna Laman Sosial

Junsu bakal ambil tindakan terhadap netizen yang meninggalkan komen melampau di laman sosial miliknya.

AHLI kumpulan JYJ iaitu Junsu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang meninggalkan komen berbaur hasutan dan kritikan melampau di laman sosial miliknya.

Allkpop melaporkan Junsu juga meminta peminatnya agar melaporkan kepada syarikat pengurusannya jika ternampak perkara negatif yang diperkatakan tentangnya di internet supaya tindakan lanjut dapat di ambil.

"Ramai yang meminta saya mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu dan selepas berfikir mendalam tentangnya saya tidak akan berdiam diri lagi selepas ini," katanya menerusi status di Twitter.

Tambah Junsu, dia sebelum ini mengambil pendekatan tidak mahu mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya kerana menganggap ia membuang masa.

Bagaimanapun kata Junsu, semakin lama dia berdiam diri komen negatif diterimanya semakin hebat malah ada di antaranya langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.

"Saya sangat optimistik dan tenang orangnya selain terbuka menerima kritikan dan sebab itu selama ini saya berdiam diri tentang apa sahaja yang orang ingin kata tentang saya.

"Tetapi ia semakin menjadi-jadi dan saya tidak tahu apa salah saya kepada mereka. Sudah tiba masanya saya bertindak," jelasnya.

Junsu, JYJ.

Artikel Berikut

Artikel Lain