suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sikap Rita Ora Timbulkan Kemarahan Jiran

Sikap Rita yang tidak memperdulikan perasaan jiran-jirannya telah menyebabkan mereka berang dengan penyanyi itu.
PENDUDUK di sebuah kawasan perumahan pinggir kota London berang dengan sikap penyanyi Rita Ora yang dikatakan tidak menghormati privasi jiran-jirannya.

Daily Mail melaporkan Rita sering memasang muzik yang kuat pada tengah malam selain mengadakan parti sehingga menganggu ketenteraman penduduk di kawasan berkenaan.

"Rita baru sahaja berpindah ke kawasan tersebut beberapa bulan lalu tetapi jiran-jirannya mula berasa terganggu dengan kehadirannya.

"Dia sentiasa memasang muzik yang kuat pada tengah malam dan rumahnya sentiasa dikunjungi teman-temannya tidak mengira waktu," kata sumber.

Berang dengan tindakan penyanyi itu, penduduk di kawasan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak pengurusan agar dia menghentikan perbuatan tersebut dan bersikap rasional terhadap penduduk lain.

"Sebelum ini kawasan ini sangat aman dan tenteram tetapi kehadirannya mengubah segala-galanya. Harapan kami agar dia sedar yang kawasan ini bukan miliknya seorang," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Rita enggan mengulas berhubung insiden berkenaan.
Rita Ora.

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia