suria

Jutawan Terkenal Teman Lelaki Kim Jung Eun

Kim Jung Eun mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki bergelar jutawan.

AKTRES Kim Jung Eun mengesahkan desas-desus mengenai laporan yang menyebut dia kini sedang bercinta dengan seorang jutawan.

Korea Herald melaporkan Kim membuat pengakuan itu menerusi syarikat pengurusannya baru-baru ini.

Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu menyangkal dakwaan dia dan lelaki tersebut bakal berkahwin dalam masa terdekat.

"Benar Kim dan lelaki berkenaan sedang bercinta seperti mana dilaporkan tetapi belum merancang untuk berkahwin.

"Buat masa ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama dan fokusnya terhadap kerjaya," kata wakil agensi wanita berkenaan.

Kim kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Make a Woman Cry turut memberitahu sekiranya terhadap khabar gembira berhubung perkahwinan dia sendiri akan memaklumkan kepada peminat.

Kim Jung Eun.

Artikel Lain