suria

Hubungan Park Han Byun & Junk Eun Woo Putus

HUBUNGAN cinta pasangan selebriti Park Han Byul dan Junk Eun Woo secara rasmi telah berakhir apabila mererka mengumumkan perpisahan kepada khalayak.

Alasan utama percintaan selama tujuh bulan itu terputus adalah kerana kesibukan kerja masing-masing.

"Memang benar Jung Eun Woo dan Park Han Byul sudah tidak lagi bersama, mereka mengambil keputusan untuk berpisah kerana kedua-duanya sibuk dengan kerjaya.

"Mereka terlalu fokus dengan kerjaya sehingga waktu untuk bersama semakin berkurangan," ujar wakil syarikat pengurusan mereka.

Sumber memberitahu hubungan pasangan tersebut putus pada Mei lalu selepas kedua-duanya pulang dari bercuti di Pulau Jeju.

"Selepas bercuti bersama kedua-dua mereka terlalu sibuk dengan kerja dan jarang bertemu, jadi masing-masing mula menjauh dan dingin.

"Namun, mereka masih saling menyokong kerjaya antara satu sama lain walaupun sudah tidak bersama sebagai pasangan kekasih," ujarnya.
Park Han Byul

Artikel Lain