suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Rukh Khan Capai 14 Juta Pengikut Twitter

POPULARITI yang diperoleh Datuk Shah Rukh Khan di seluruh dunia membuatkan aktor Bollywood itu berjaya meraih 14 juta pengikut Twitter.

Menurut laporan Newkerala, Shah Rukh merupakan antara selebriti Bollywood yang mempunyai pengikut Twitter paling ramai.

"Shah Rukh membuatkan ramai yang kagum dengan bakatnya sejak mencipta nama dalam Bollywood.

"Walaupun dia sudah lama bertapak dalam industri, namun sehingga kini dia masih lagi mempunyai peminat-peminat baru dan ini terbukti berdasarkan jumlah pengikutnya di laman sosial," kata sumber.

Sebelum bergiat aktif dalam perfileman, Shah Rukh memulakan karier lakonan menerusi pementasan teater dan lakon drama seperti Fauji dan Circus.

Kemudian, Shah Rukh  memulakan lakonan filem pertamanya iaitu Dil Aashna Hai, diikuti dengan Deewana, Baazigar dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Antara filem lain lakonan Shah Rukh termasuklah Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Devdas, Chalte Chalte, Main Hoon Na, Om Shanti Om, dan Jab Tak Hai Jaan.
Shah Rukh Khan

Artikel Sebelum

Artikel Lain