suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siwon (Super Junior) Jadi Penerbit Filem

Siwon bakal menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada kartun berjudul Interview.

KETIKA kebanyakkan penyanyi bergelar pelakon namun lain halnya dengan Siwon daripada kumpulan Super Junior yang memilih untuk menjadi penerbit filem.

Allkpop melaporkan Siwon bakal menerbitkan sebuah filem adaptasi daripada siri kartun berjudul Interview dan penyanyi itu sudah pun membeli hak cipta sebelum memulakan penggambaran.

Siwon juga sedang bekerjasama dengan beberapa penulis daripada Korea dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan skrip filem berkenaan.

"Siwon sangat bercita-cita tinggi dan dia melihat peluang dalam bidang penerbitan filem. Interview bakal menjadi projek pertamanya dan dia sedang bersungguh-sungguh bagi memastikan perkara itu menjadi kenyataan," kata sumber.

Bagaimanapun Siwon tidak akan meninggalkan Super Junior demi mengejar kerjaya baharunya itu.

Siwon.

Artikel Lain