suria

Akaun Instagram Lee Donghae (Super Junior) Digodam

Donghae terpaksa membuka akaun baharu untuk para peminatnya.

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Lee Donghae kecewa apabila ada pihak yang menggodam akaun Instagram miliknya sehingga dia terpaksa memadam akaun tersebut demi keselamatan.

Portal Soompi melaporkan Donghae sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggugjawab itu dan berharap perbuatan tersebut tidak diteruskan bukan sahaja kepadanya tetapi juga kepada artis lain.

"Seseorang telah menggodam akaun Instagram saya dan ini menyukarkan untuk saya berinteraksi bersama peminat. Mengodam akaun orang lain adalah perbuatan sia-sia," katanya.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa di Korea Selatan kerana peminat di negara tersebut sering bertindak ekstrem terhadap artis kesayangan mereka dan penggodam akaun laman sosial mereka kebiasaannya dilakukan oleh 'haters' seseorang artis tersebut.

Super Junior, Lee Donghae.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain